HiburanSelebriti

Beli Jet Peribadi Bernilai Jutaan Ringgit, Aliff Syukri Akan Buat Pengumuman Khas Jumaat Ini

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri akan menjawab mengenai perkara itu dalam satu sesi pengumuman khas, Jumaat ini berhubung pembelian jet peribadi bernilai jutaan ringgit yang menjadi viral baru-baru ini.

Pengasas produk D’Herbs itu berkata, dia masih belum boleh berkongsi kepada umum mengenai pembelian jet peribadi kerana membabitkan banyak pihak, selaik memikirkan pelbagai lagi kesan sampingan.

“Sebenarnya kalau nak beritahu nanti orang kata riak dan kalau beritahu juga cukai kejar, kalau nak tahu mengenai jet peribadi itu Jumaat nanti saya akan umumkan. Kenapa saya pilih Jumaat, sebab perkara ini membabitkan ramai orang kerana nilainya (jet peribadi) jutaan ringgit. 

“Jadi, kita tunggu hari Jumaat, saya harap rakyat Malaysia doakan yang terbaik. Bila lihat orang ada sesuatu, takut ada penyakit ain, jadi tunggu hari Jumaat sahaia. Sekarang saya tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi, tunggu hari Jumaat,” katanya.

Beliau ditemui pada sesi minum petang bersama media di kediamannya di Kota Damansara yang berlangsung petang tadi.

Ujar beliau, bapa kepada enam cahaya mata itu mengakui impian memiliki jet peribadi adalah impian sejak dahulu dan apa dipaparkan dalam media sosial adalah perkongsian kisah hidupnya sahaja.

“Jet peribadi ini memang impian saya dari dulu, setiap orang juga ada impian. Bila cerita mengenai jet peribadi ini viral saya tak sangka sebab saya hanya berkongsi mengenai kisah hidup, cuma untuk tahu lebih lanjut, perlu tunggu hari Jumaat sebab itu adalah hari penentu. 

“Bila bekerja dengan ramai orang dan ia bukan sesuatu yang murah. Ini adalah bisnes dan perkara besar. Ramai orang salah tafsir dan cakap saya macam-macam,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff juga mengakui bahawa jualan jeruk mangga harumanis yang diusahakan sejak awal tahun ini banyak memberi impak dalam perniagaannya bersama keluarga.

“Sejujurnya saya jual jeruk mangga ini secara kecil-kecilan, tak ada pun niat nak tunjuk hasil jualan itu saya dapat beli jet. Saya teruja kerana macam mana jualan jeruk itu boleh dapat jutaan ringgit. 

“Bukan senang kerana saya hanya berniaga secara dalam talian dan orang memandang rendah kerana jualan begini orang kampung sahaja. 

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya kerana jualan ini sudah kumpul juraan ringgit. Walaupun ia sekadar jeruk, tapi ini sunggu bermakna,” katanya.

Baru-baru ini, Aliff mendakwa berjaya memiliki jet peribadi hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.

Menerusi video dimuat naik dalam Instagram (IG), Aliff  berkongsi keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam itu.

Sementara itu, Aliff menzahirkan hasrat untuk mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records sebagai ‘Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’ yang dijadual 3 Ogos depan jam 8 malam di platform TikTok, @papalarisofficial.

Aliff berkongsi, dia akan memperkenalkan koleksi baharu koleksi beg tangan, ‘Samma Bag Denim Edition’ yang dipertaruhkan pada malam tersebutitu bagi mencapai hasrat mencipta rekod Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button