HiburanSelebriti

Bersara Jadi Atlet Gimnastik, Farah Ann Kini Serius Mahu Ceburi Bidang Lakonan

Setelah bersara daripada menjadi atlet gimnastik, bekas atlet negara Farah Ann Abdul Hadi mendedahkan bahawa dirinya mahu serius menceburi bidang lakonan.

Farah Ann berkata, dia memang minat untuk menjadi seorang pelakon sejak zaman sekolah dan ketika ini sudah menjalani kelas lakonan sebagai persiapan.

“Dulu masa sekolah saya selalu masuk aktiviti teater sehinggakan ada yang cakap kalau saya bukan atlet, mungkin saya dah jadi pelakon.

“Kalau tentang watak pilihan pula, saya menggemari watak aksi dan masih boleh melompat lagi. Cuma untuk permulaan ini saya nak cuba pelbagai watak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri dan tayangan perdana Generasi Perfect 10 yang berlangsung baru-baru ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pelakon kegemerannya, Farah Ann memberitahu dia begitu meminati Datin Lisa Surihani dan Diana Danielle.

“Tidak dinafikan kedua-dua pelakon berkenaan dapat mendalami watak yang diberikan dan disebabkan itu saya begitu menyukai dan suka tengok lakonan mereka,” ujarnya.

Untuk makluman, bekas atlet kelahiran Selangor itu mengumumkan persaraannya daripada dunia gimnastik pada tahun 2022 selepas lebih dua dekad mewakili negara.

Sepanjang penglibatannya dalam sukan gimnastik, Farah mencipta pelbagai kejayaan membanggakan termasuk layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selain itu, dia menjadi antara gimnas paling berjaya dalam sejarah Sukan SEA dengan tujuh pingat emas menerusi penampilan di Singapura (2015), Kuala Lumpur (2017) dan Manila (2019). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button