AdvetorialKongsi

‘Karnival Prasekolahku Berhak Hebat’ Sokong Usaha Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Baru-baru ini telah berlangsungnya Karnival Prasekolahku Berhak Hebat Peringkat Negeri Pahang 2025 dengan penuh meriah pada 11 September lalu di Cheringin Resort, Janda Baik Bentong, Pahang.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Haji Ahmad Zamri bin Md Isa, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang, Karnival ini dianjurkan di bawah Inisiatif Transformasi Pendidikan Pahang dengan menekankan tiga fokus utama iaitu Pemerkasaan Potensi dan Bakat Murid (#1), Pemacu Transformasi Pendidikan (#8) dan Peneraju Transformasi Pendidikan (#9).

Program ini dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dengan kerjasama Genting Malaysia Bhd di-bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Genting Bersama Malaysia”, yang menyokong usaha pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di negeri Pahang. 

Melalui kerjasama ini, murid prasekolah diberi peluang untuk mempamerkan bakat, kreativiti dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti seni, sukan dan komunikasi, sekali gus memperkukuh keyakinan diri serta potensi mereka sejak di peringkat awal.

Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Tn Hj Ahmad Zamri bin Md Isa berkata inisiatif sebegini membuktikan bahawa sektor korporat juga memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam pemerkasaan pendidikan.

Sokongan Genting Malaysia amat bermakna kerana ia memperlihatkan kesungguhan mereka untuk bersama-sama membina generasi masa depan. Hal ini selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan pembangunan insan.

Seramai 173 orang murid prasekolah bersama guru pengiring, pegawai pendidikan serta komuniti seluruh negeri Pahang telah hadir memeriahkan karnival ini. 

Sebanyak 6 jenis pertandingan telah diadakan, antaranya Fantasi Si Cilik, Mutiara Hadis, Pentas Boneka, Smart Digital, Pertandingan Tarian Lagu Rakyat dan Pakaian Beragam dengan penglibatan 173 orang peserta dari 11 daerah negeri Pahang.

Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran Karnival Prasekolahku Berhak Hebat Peringkat Negeri Pahang 2025, Genting Malaysia telah menyalurkan sumbangan bagi penyediaan makanan, minuman serta hadiah kepada para peserta bagi peringkat negeri dan juga daerah yang berlangsung sebelum ini. 

Sumbangan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Genting Malaysia dalam mendukung pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, malah menjadi dorongan kepada murid prasekolah untuk terus berusaha menonjolkan bakat, kreativiti dan potensi diri mereka.

Pada masa yang sama, Genting Malaysia juga telah menganjurkan pertandingan mewarna bertemakan ‘Percutian Impian Saya’ yang bertujuan mencungkil daya imaginasi dan bakat kreatif dalam kalangan murid prasekolah. 

Program yang berlangsung di Cafe Cheringin Resort itu melibatkan seramai 50 murid prasekolah dari sekitar Kampung Janda Baik. 

Hasil pertandingan menyaksikan 10 orang pemenang dipilih dan menerima hadiah sumbangan daripada Genting Malaysia, manakala peserta yang lain menerima sijil penyertaan.

Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, Spencer Lee berkata inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menyokong perkembangan bakat generasi muda. 

“Melalui Genting Bersama Malaysia, kami komited menyokong pendidikan awal kanak-kanak agar bakat, kreativiti dan keyakinan diri mereka dapat dipupuk sejak usia muda demi melahirkan generasi hebat masa depan.”

Karnival Prasekolahku Berhak Hebat ini bukan sahaja menjadi landasan untuk memupuk keyakinan, kreativiti dan bakat murid sejak usia awal, tetapi juga mengukuhkan jalinan kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan pihak swasta melalui sokongan CSR.

Melalui usaha ini, diharapkan generasi muda negeri Pahang akan lahir sebagai insan yang hebat, kreatif serta berdaya saing seiring aspirasi pendidikan negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button