
Viu, platform penstriman OTT pan-serantau terkemuka PCCW, dengan kerjasama NIVEA, dengan bangganya mempersembahkan 100 Days To Ask Your Crush Out, sebuah siri pendek baharu yang penuh warna-warni, meraikan semangat remaja serta debaran cinta pertama.
Siri romantik 30 episod ini diterbitkan khas untuk generasi muda yang gemar menonton secara maraton, dengan episod baharu ditayangkan setiap hari secara eksklusif di Viu.
Mengangkat tema keyakinan diri, ekspresi diri dan cinta pertama, siri ini menjanjikan pengalaman menonton yang menyentuh hati dan penuh warna.
Siri ini meneruskan kejayaan siri pendek berjenama Viu Malaysia sebelum ini termasuk Tiada Seperti Leyla (Garnier), Persis Boneka (Safi), dan Andartu Kosmopolitan (Efferty), sekali gus menegaskan komitmen Viu dalam menyampaikan penceritaan yang menghiburkan, dekat di hati serta inovatif untuk penonton Malaysia.
Drama terbitan Anomalous Films Sdn Bhd arahan Kye Fariz itu menampilkan barisan pelakon popular seperti Harissa Adlynn, Aniq Suhair dan Aiman Tino selalu teraju utama.
SINOPSIS:
Apabila universiti mengumumkan malam prom, Yana (Harissa Adlynn) mempunyai 100 hari untuk menawan hati jejaka pujaan kampus, Razif (Aiman Tino). Bersama sahabat baiknya Hafiz (Aniq Suhair), yang tanpa rela hati menjadi ‘wingman’, Yana memulakan misi penuh rancangan yang kelam-kabut dan insiden pickleball yang menggelikan hati.
Namun dalam mengejar impiannya, Yana mungkin bakal menemui kisah cinta yang tidak pernah disangka. – KopiPlanet.com