AdvetorialKongsi

Coco Cado Perkenal Dua Produk Baharu ‘Potato Sticks’ & Popping Pearls’, Khai Bahar Dilantik Jadi Duta Rasmi Jenama

.Syarikat Happy Alliance (M) Sdn. Bhd. terus memperkukuh kedudukannya dalam industri makanan ringan tempatan melalui jenama Coco Cado dengan pelancaran dua produk terbaharu, iaitu Potato Sticks dan Popping Pearls.

Lebih istimewa lagi, Coco Cado turut mengumumkan pelantikan penyanyi terkenal, Khai Bahar, sebagai Duta Rasmi Jenama Coco Cado.

Pengarah Urusan Happy Alliance (M) Sdn. Bhd., Mr. Johnny Tan berkata, pelantikan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam meningkatkan imej jenama serta memperluas jangkauan pemasaran kepada golongan pengguna yang lebih besar, khususnya kelompok belia dan keluarga.

“Keramahan dan karakter positif Khai sangat bertepatan dengan DNA Coco Cado. Malah, beliau yakin kerjasama ini akan membawa jenama tersebut ke tahap lebih membanggakan.

“Khai Bahar memiliki pengaruh luar biasa di Malaysia, dan kami melihat keserasian yang kuat antara dirinya dan jenama Coco Cado. Kami percaya pelantikan ini mampu melonjakkan nama Coco Cado ke peringkat lebih tinggi serta membuka lebih banyak peluang kerjasama di masa hadapan,” katanya.

Ujar beliau, Khai Bahar dipilih bukan sahaja kerana popularitinya yang kukuh, tetapi juga kerana nilai peribadi yang selari dengan identiti Coco Cado iaitu mesra, boleh dipercayai, profesional serta dekat di hati masyarakat.

Jelasnya lagi, personaliti Khai yang rendah diri dan sentiasa menghargai sokongan peminat menjadikannya figura yang tepat untuk mewakili jenama ini.

“Pelantikan Khai dijangka memperkukuh hubungan Coco Cado dengan pengguna melalui pelbagai kempen pemasaran, aktiviti promosi serta sesi libat urus bersama peminat yang bakal berlangsung sepanjang tempoh kerjasama,” jelasnya.

Majlis pelancaran ini turut disempurnakan oleh Mr. Johnny Tan, yang menyifatkan pengenalan dua produk baharu ini sebagai komitmen Coco Cado dalam memenuhi permintaan pengguna terhadap snek moden, inovatif dan berkualiti tinggi.

Potato Sticks – Jejari Kentang 100% Sebenar Dengan Teknologi Vacuum Frying

Produk pertama yang diperkenalkan ialah Potato Sticks, atau Jejari Kentang, yang hadir dalam tiga perisa menarik: Salted, Tomato dan Black Pepper. Dihasilkan daripada 100% kentang sebenar, Potato Sticks menggunakan teknologi Vacuum Frying, iaitu kaedah menggoreng pada tekanan rendah yang dapat mengurangkan penyerapan minyak sambil mengekalkan nutrien, warna dan rasa asli kentang.

Hasilnya, Potato Sticks menawarkan tekstur yang lebih rangup, rasa yang lebih asli, dan pilihan snek yang lebih ringan serta berkualiti tinggi untuk seisi keluarga.

Popping Pearls – Jeli Kenyal Berinti Buah Sebenar

Produk kedua, Popping Pearls atau Popping Mutiara, hadir dalam tiga perisa unik: Water Chestnut, Barley dan Red Bean. Berbeza daripada Potato Sticks, Popping Pearls ialah jeli bulat menyerupai mutiara yang mengandungi isi buah sebenar.

Dengan tekstur kenyal dan sensasi ‘meletup’ apabila dikunyah, Popping Pearls boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan topping dalam pelbagai hidangan seperti pencuci mulut, minuman dan snek harian.

Tentang Happy Alliance (M) Sdn. Bhd.

Happy Alliance (M) Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang aktif dalam pembangunan dan penghasilan produk makanan ringan serta minuman inovatif di Malaysia. Melalui jenama Coco Cado, syarikat terus komited dalam memperkenalkan rangkaian produk berkualiti tinggi, berkhasiat dan memenuhi cita rasa rakyat Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button