AdvetorialKongsi

PAUL & NOIR Jalin Kolaborasi, Buka Laluan Ke Pasaran Global Dengan Sasaran Jualan RM100 Juta

Jenama NOIR, terus mengukuhkan kedudukan dalam industri kecantikan apabila menjalin kolaborasi strategik bersama jenama bakeri (boulangerie) Perancis terkenal, PAUL.

Kolaborasi yang akan berlangsung sepanjang Ramadan di PAUL Pavilion Kuala Lumpur itu dilihat sebagai langkah pengukuhan dan pemasaran jenama, sekali gus membuka laluan buat NOIR menembusi pasaran lebih luas termasuk ke peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan PAUL, Jean Pierre Erba berkata, kolaborasi bersama NOIR mencerminkan pendekatan PAUL dalam memperluaskan pengalaman gaya hidup kepada pelanggan di Malaysia.

“PAUL sentiasa menekankan gaya hidup Perancis autentik yang bukan sekadar makanan. Bersama NOIR, kami menggabungkan seni gastronomi Perancis dengan elemen kecantikan dan ekspresi diri, mewujudkan satu pengalaman Ramadan yang lebih bermakna dan berbeza untuk pelanggan di Malaysia.

Malaysia merupakan pasaran penting bagi PAUL, dan inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen berterusan kami menawarkan pengalaman berkualiti tinggi yang relevan dengan budaya tempatan, sambil mengekalkan identiti jenama global kami.”

PAUL kini mempunyai lebih 750 cawangan di 45 buah negara dan terus memperkukuh strategi pertumbuhan perniagaan berasaskan kehendak pelanggan.

Gabungan NOIR dan PAUL mencerminkan trend semasa dunia perniagaan bagi memperluas capaian pasaran dalam mengukuhkan nilai jenama serta membina hubungan lebih rapat dengan pengguna.

Sementara itu, Pengasas NOIR, Eriyca Baiduri Abd Rashid, atau Madammu, berkata kerjasama berkenaan menjadi platform penting untuk mengangkat jenama tempatan setanding jenama global.

“Kolaborasi ini sebenarnya satu peluang besar untuk NOIR. Nama NOIR sendiri berasal daripada bahasa Perancis, jadi bila PAUL datang kepada kami, kami memang gembira untuk bekerjasama. Kita tahu PAUL adalah sebuah jenama antarabangsa, jadi kami rasa sangat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman mereka sepanjang Ramadan ini.

“Bagi NOIR, ini bukan sekadar jualan semata-mata tetapi lebih tentang pemasaran. Pada saya, pemasaran adalah nombor satu. Macam mana orang nak beli kalau mereka tak kenal produk kita? Sebab itu kami beri fokus besar kepada pemasaran untuk pastikan NOIR kekal relevan.

“Kolaborasi ini juga sebahagian daripada langkah seterusnya untuk NOIR berkembang lebih jauh. InsyaAllah kami merancang pembukaan cawangan baharu dan mahu membawa NOIR ke pasaran luar negara suatu hari nanti. Kami mahu berkembang luas, seperti PAUL yang berada di seluruh dunia.”

Ditubuhkan pada 2017, NOIR kini menyasarkan jualan tahunan mencecah RM100 juta, seiring usaha dalam memperluaskan perniagaan dan mengukuhkan jenama dalam pasaran kecantikan.

Melalui kolaborasi PAUL X NOIR, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai pengalaman eksklusif yang menggabungkan elemen gastronomi dan kecantikan dalam satu suasana premium.

Antaranya termasuk French Iftar Buffet eksklusif di PAUL Pavilion Kuala Lumpur, menampilkan hidangan Perancis yang diolah khas untuk berbuka puasa dalam suasana tenang dan berkelas.

Gandingan unik ini juga turut mengetengahkan elemen kecantikan NOIR menerusi edisi khas L’Amour dalam koleksi Velvet Care Lipstick yang diinspirasikan daripada estetika Perancis. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button