HiburanSelebriti

“Saya Masih Ada ‘Pisang’…” – Diva M Tak Buang Alat Kelamin Ketika Jadi Mak Nyah, Hanya Pakai Implan Payudara

Usahawan dan influencer media sosial, Diva M mendedahkan dirinya tidak membuang alat kelamin ketika menjadi seorang mak nyah sebelum ini.

Diva M berkata, dia bersyukur kerana tidak pernah terlintas di fikirannya untuk bertindak sedemikian, meskipun sudah lama hidup dalam dunia transgender.

“Rasa lega juga tidak melakukan tindakan yang tidak boleh diubah semula (buat alat kelamin). Saya masih ada ‘pisang’ dan ini membuatkan saya mampu untuk kembali kepada fitrah kehidupan asal sebagai seorang lelaki.

“Saya hanya membuat implan buah dada sahaja dan kini implan itu sudah tiada lelaki selepas membuat pembedahan untuk membuangnya pada tahun lalu,” ujarnya.

Diva M berkata demikian semasa sesi santai bersama rakan-rakan media dalam satu acara makan malam yang berlangsung kelmarin.

Berkongsi mengenai penghijrahannya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki semula, Diva M memberitahu ia disebabkan timbul kesedaran dalam dirinya untuk berubah tanpa desakan orang sekeliling.

Screenshot

Jelasnya, dia mula memikirkan soal untuk mencari ketenangan hidup serta memperbaiki dirinya untuk ke arah kehidupan yang lebih baik.

“Perubahan ini berlaku atas keputusan saya sendiri dan tak ada sesiapa yang paksa, malah saya sentiasa berdoa agar ditunjukkan jalan yang betul.

“Saya sedar banyak perkara yang saya buat sebelum ini sebenarnya salah. Jadi perubahan ini memang datang daripada kesedaran diri sendiri,” luahnya.

Meskipun pernah menjalani kehidupan sebagai seorang transgender, Diva M menyatakan dia juga pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Namun begitu, jodoh dengan bekas isterinya tidak panjang dan dia menyatakan bahawa statusnya sekarang adalah seorang bapa tunggal.

“Ramai yang menyangka saya ada anak angkat, sedangkan hakikatnya itu adalah anak kandung saya sendiri yang kini sudah bersekolah dan berusia lapan tahun,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button