DramaTV

‘Ate Kome, I Love You!’ Angkat Kisah Dua Musuh Yang Ditakdirkan Bertemu Ketika Dewas

Viu, perkhidmatan video terkemuka PCCW telah melancarkan Viu Original terbaharunya, Ate Kome, I Love You! (Hey You, It’s Just Love) sebuah drama romantik komedi.

Drama yang menampilkan Aniq Suhair dan Bella Dowanna sebagai dua musuh zaman kanak-kanak yang terpaksa belajar hidup bersama apabila takdir menemukan mereka semula ketika dewasa.

Ditayangkan sebanyak 12 episod yang dibawakan oleh jenama minuman terkemuka, POKKA, drama ini sudah mula ditayangkan secara eksklusif pada 25 Jun 2026 dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat.

Diarahkan oleh Helmi Yusof, siri ini mengangkat tema “dendam lama, cinta baharu” dan menampilkan barisan pelakon tempatan yang menyerlah, termasuk Aniq Suhair dan Bella Dowanna sebagai teraju utama.

Projek ini turut menemukan semula Bella Dowanna dengan pengarah Helmi Yusof selepas kejayaan Viu Original Abang Imam Minah Skuter pada tahun 2025.

Turut membintangi siri ini ialah pelakon berpengalaman Amy Mastura dan Ieda Moin, bersama pendatang baharu Nurel Baharin.

Menambahkan lagi keindahan kisah cinta dalam siri ini ialah lagu tema rasmi berjudul Syarat Cinta nyanyian ALVN. Diterbitkan bersama oleh MsOrange Solutions Creative dan Rhunut Music, lagu ini melengkapkan penceritaan yang mengangkat tema cinta dan peluang kedua.

Sinopsis
Permusuhan mereka berpunca daripada perselisihan antara ibu masing-masing yang suatu ketika dahulu merupakan sahabat baik, namun hubungan mereka retak akibat perebutan seorang lelaki.

Kebencian itu akhirnya diwariskan kepada anak-anak mereka. Apabila dewasa, Mila berkahwin dengan Daniel demi memenuhi kehendak ibu bapanya sebelum memutuskan hubungan dengan keluarga untuk mengejar kehidupan
yang lebih baik.

Namun apabila rumah tangganya musnah dan Daniel meninggalkannya dalam belenggu hutang, Mila terpaksa berdikari di Kuala Lumpur.

Secara tidak disangka, dia bertemu semula dengan Mamat, individu terakhir yang pernah terlintas di fikirannya
untuk dijadikan tempat bergantung.

Tanpa pilihan lain, Mila menerima pelawaan Mamat untuk tinggal bersama keluarganya di sebuah flat kecil. Apa yang bermula sebagai pertelingkahan dan salah faham setiap hari perlahan-lahan bertukar menjadi perjalanan yang lucu dan menyentuh perasaan.

Apabila Mamat membantu Mila mencapai matlamat utamanya pulang ke kampung halaman, dia berdepan dengan keluarganya dan akhirnya memohon kemaafan daripada ibunya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button