AntarabangsaKpop

Taeyang Telah Diberi Amaran Wajib Hadiri Latihan Tentera

Ahli kumpulan Big Bang, Taeyang akhirnya telah dilayangkan surat amaran agar segera menyertai latihan ketenteraan yang diwajibkan ke atas dirinya.

Taeyang sebelum ini mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan Min Hyo Rin pada 3 Februari lalu sebelum akan dikuarantin selama dua tahun bagi menjalankan tanggungjawabnya sebagai warga negara Korea Selatan.

Menurut agensi pengurusannya, YG Entertainment, Taeyang akan memulakan latihannya pada 12 Mac ini, dua minggu selepas ahli kumpulannya G-Dragon memulakan latihannya.

Sebelum ini, Top terlebih dahulu telah menyertai latihan ketenteraan tersebut pada Mei tahun lalu.

Selain Taeyang, G-Dragon dan Top, Big Bang turut dianggotai Seungri dan Daesung. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button