Pelakon popular, Fasha Sandha akui dirinya semakin akrab dengan kakak kepada Nora Danish iaitu Cathy Danish.
Fasha berkata, dia sendiri tidak menyangka hubungan dengan Chaty semakin akrab, malah selalu lepak bersama-sama.
“Kak Cathy ada buka sebuah cafe iaitu Ampang Coffee Club yang secara kebetulan agak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya.
“Boleh dikatakan setiap minggu saya akan datang ke cafe tersebut dan akan lepak lama-lama dan selalu berbual dengannya,” ujarnya.
Fasha berkata demikian ketika ditemui semasa acara bersama peminat menonton siri terakhir drama Kasih Yang Terkorban yang berlangsung di Ampang Coffee Club pada Jumaat lalu.

Fasha berkata, biarpun pernah timbul salah faham berhubung perkara yang sudah berlalu, hubungan akrab yang terjalin ini akan dijaga sebaik-baiknya.
Jelasnya, keadaan yang berlaku sekarang ini adalah aturan Allah dah merasakan kehidupannya kini lebih tenang dan harmoni.
“Saya selalu ingatkan diri sendiri supaya jangan terlalu ikutkan perasaan jika berlaku masalah dengan seseorang, kerana kita tak akan sangka pada masa akan datang orang tu akan jadi insan paling akrab dengan kita.
“Misalnya, dengan Nora sendiri… anak dia tetap menjadi abang kepada anak-anak saya sampai bila-bila. Bagi saya, kalau diri tak ada masalah dengan siapa-siapa, hidup kita akan lebih tenang dan bahagia,” jelasnya.
Pada masa sama, Fasha turut berharap agar semuanya termasuk peminat sering mendoakan semua yang baik-baik buat mereka. – KopiPlanet.com




