Pelakon popular, Azhan Rani tidak menyangka dihubungi anak kepada Datuk Razali yang dikenali sebagai Nadia gara-gara bapanya tersalah menyebut nama ketika acara Anugerah Seri Angkasa (ASA) yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Azhan menerusi satu posting di akaun instagram miliknya.
“Terima kasih Nadia bersusah payah hubungi saya semalam. Allahuakbar tak perlu pun minta maaf pun sebenarnya… takde isu pun. Faham je kaeadaan dato rahim razali yang saya hormati.
“Jangankan dia, yang muda2 pun kalau di atas stage yang gah macam tu boleh je tersasul atau tersalah sebut. saya rasa cute dan lucu je dato rahim tu. Di usia 87 tahun masih gagah berjalan atas stage tu tanpa tongkat atau kerusi roda. Mak saya umur 80 dah terbaring je sebab dah bad ridden. ikhlas dari hati saya takde masalah pun,” tulisnya pada posting berkenaan.
Pada acara berkenaan, Rahim yang menyampaikan anugerah untuk kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik telah menyebut nama ‘Azman Rani’.

Dalam pada itu, Azhan turut meluahkan rasa terharu dan berbesar hati apabila pelakon lagenda itu sendiri yang menyampaikan anugerah yang dimenanginya itu.
“Seorang tokoh juga lagenda teater, drama, filem dan pengulas sukan yang sangat saya kagumi. Sebut je filem arahan beliau Sumpah Di Bumi Merekah, Abang, Matinya Seorang Patriot, Puteri, Anak Sarawak, Rentak Desa semuanya masih favourite saya sampai kini.
“Saya doakan dato rahim terus diberi kekuatan, ketenangan dan kesihatan yang baik. terima kasih nadia yang sangat beradap bercakap dengan saya.
“Terima kasih juga meminjamkan ayah sekajap di atas pentas malam tu bersama saya. Ketika dapat pimpin tangan dia waktu saya nak turun tu rasa macam pimpin arwah abah sendiri masa tu,” ujarnya. – KopiPlanet.com




