AntarabangsaKpop

Seungri Sedih G-Dragon ‘Tinggalkan’ Kumpulan Big Bang

Ahli kumpulan Big Bang, Seungri menzahirkan perasaan sedihnya yang terpaksa berpisah dengan rakan sekumpulannya, G-Dragon.

Menerusi laman Instagramnya, Seungri berkongsikan foto bersama G-Dragon dengan kapsyen, “Kekal sihat, sahabat.”

G-Dragon memulakan latihan wajib ketenteraan bermula hari ini di Gangwon, Korea Selatan dan dia dijangka menamatkan latihannya pada 26 November 2019.

Selain Seungri dan G-Dragon, Big Bang yang popular dengan lagu Bad Boy ini turut dianggotai Top, Taeyang dan Daesung.

Korea Selatan mewajibkan kesemua warga negara lelaki berusia 18 tahun ke atas menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun. Mereka boleh menangguhkan latihan tersebut beserta alasan yang kukuh namun wajib untuk melakukannya sebelum usia mereka mencecah 30 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button