• FOLLOW US

Dikecam ‘Hina’ Dewa Hindu, Muzik Video Blackpink Diedit Semula

Kumpulan k-pop wanita paling popular, Blackpink baru-baru ini tampil dengan single terbaharu berjudul How You Like That. Muzik video lagu tersebut dilancarkan pada hari yang sama dan sehingga kini sudah mencatatkan lebih 156 juta tontonan.

Namun, terdapat satu babak dalam muzik video itu yang mencetuskan kekecohan apabila peminat di negara India menuntut kumpulan itu memohon maaf kerana didakwa mempermainkan patung dewa Hindu, Ganesha yang dijadikan sebagai prop dalam video tersebut.

Petisyen itu turut menjadi trending di laman Twitter dan diperdebatkan oleh netizen. Menyedari hal itu, syarikat pengurusan Blackpink, YG Entertainment akhirnya akur dengan mengedit babak tersebut dan menukarkan patung dewa dengan prop lain.

Peminat Blackpink yang digelar Blink kemudiannya menyatakan penghargaan kepada kumpulan itu serta agensi pengurusan mereka yang mengambil cakna mengenai teguran tersebut sehingga membuat penukaran terhadap babak kontroversi itu. – KopiPlanet.com

Shin Hye Tak Selesa Ditanya Hubungan Cinta Dengan Choi Tae Joon

Walaupun tidak menafikan sedang meniti hari-hari bahagia bersama kekasihnya, pelakon Park Shin Hye mengakui tidak selesa kisah cintanya diberi perhatian oleh pihak media dan umum.

Shin Hye berkata demikian ketika ditemuramah media di Korea Selatan ketika mempromosikan filem terbaharunya, Alive.

“Saya tidak pernah mahu mendedahkan hubungan cinta kepada pihak umum, namun ia sudah pun diketahui semua (tidak mengapa). Ketika ini kami masih lagi bersama,” ujarnya.

Shin Hye bercinta dengan aktor Choi Tae Joon sejak Mac 2018. Kedua-duanya pernah menuntut di universiti yang sama, Universiti Chung-Ang.

Tae Joon kini berehat sebentar daripada dunia seni kerana terlibat dalam latihan ketenteraan wajib selama dua tahun yang bermula sejak Ogos tahun lalu. – KopiPlanet.com

Song Joong-Ki Nafi Gosip Jalin Hubungan Cinta Dengan Peguam

Agensi pengurusan aktor Song Joong-Ki, History D&C menafikan khabar angin mendakwa pelakon itu kini sedang bercinta dengan seorang peguam.

Gosip itu disebarkan menerusi saluran Youtube Hover Lab yang turut mendedahkan identiti peguam tersebut.

Agensi pengurusan terbabit kesal dengan penyebaran khabar angin itu selain bersimpati dengan peguam itu yang terpalit dengan gosip yang sama sekali tidak benar.

Menurut History D&C, pihak mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya gosip itu masih lagi diperkatakan.

Peguam terbabit dikatakan terlibat menguruskan kes penceraian Joong-Ki dengan bekas isterinya, Song Hye Kyo.

Joong-Ki dan Hye Kyo bercerai pada Julai tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 31 Oktober 2017. – KopiPlanet.com

Festival Coachella Dibatalkan, Peminat ‘Kempunan’ Reunion Big Bang

Ekoran pandemik Covid-19, peminat setia kumpulan Big Bang nampaknya perlu bersabar lebih lama lagi untuk menantikan kemunculan semula mereka.

Big Bang sepatutnya dijadualkan membuatkan persembahan pada festival muzik Coachella di Amerika Syarikat pada bulan Oktober ini namun pihak pengurusan festival itu akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan terus edisi pada tahun ini demi keselamatan semua pihak.

Coachella yang merupakan festival muzik terbesar di negara Uncle Sam itu sebenarnya dijadualkan berlangsung pada bulan April lalu namun berikutan penularan wabak Covid-19 ia telah ditangguhkan pada Oktober ini.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Love Song dan Fantastic Baby itu dianggotai Taeyang, Top, G-Dragon dan Daesung.

Mereka mengambil keputusan berehat sebentar daripada industri hiburan berikutan terikat dengan latihan ketenteraan wajib yang diambil sejak dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

Jay Park Terkesan Kematian George Floyd, Sumbang RM43,000

Penyanyi rap Jay Park mengakui terkesan dengan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd yang dibunuh oleh anggota polis Minneapolis, minggu lalu.

Kematian George telah membangkitkan kemarahan penduduk di seluruh negara Uncle Sam itu sehingga menimbulkan kekecohan serta tunjuk perasaan.

Jay melahirkan perasaan kesalnya dengan insiden tersebut yang sering kali berlaku di kalangan orang kulit hitam yang sering didiskriminasi oleh golongan kulit putih.

“Insiden seperti ini berulang lagi, ia sangat menyedihkan. Saya sentiasa terinspirasi dengan budaya orang kulit hitam malah saya juga mempunyai ramai kawan daripada glongan tersebut.

“Sudah banyak kali insiden orang kulit hitam yang tidak bersenjata telah menemui ajal di tangan individu yang tidak bertanggungjawab,” tulisnya di Instagram.

George menemui ajal apabila lehernya ditindih oleh anggota polis yang bertugas selepas dia ditahan kerana membayar barangan yang dibeli dengan menggunakan wang palsu.

Sehubungan itu, Jay telah menyumbang kepada pertubuhan kebajikan Black Lives Matter sebanyak $AS10,000 (RM43,278) bagi membantu badan tersebut. – KopiPlanet.com

View this post on Instagram

Sick of making post’s like this and sick of the same shit happening over and over again. Me being inspired by black culture aside me having black homies aside just as a man and a human being.. to think how helpless he felt and how inhumane he was treated… to think what if that was my dad, or uncle or homie makes me sick to my stomach. Countless INNOCENT UNARMED ppl losing their lives and nobody taking responsibility or being held accountable. Ppl who are supposed to protect and keep the public safe don’t even have the common sense or compassion to know if they are killing somebody innocent? Police Departments and Ppl in position of power not doing anything to provoke change.. all of it makes me sick… the whole system is corrupt… and nobody wants to admit it cause they are all afraid of taking responsibility for countless years of unjust inhumane treatment. Cant even begin fathom how fed up the black community is with so many years of abuse. I Pray to God the truth prevails and i Pray to God ppl who have compassion and empathy are put into a place of power and authority and ppl who abuse their power for their own greed and ego and to feel superior all disappear. Same for the civilians abusing their privilege calling the police and LYING. Act like some Fuckin human beings and may God have mercy on ur souls. #RIPGEORGEFLOYD

A post shared by Jay Park / 박재범 ($hway bum) (@jparkitrighthere) on

Sertai Khidmat Tentera, Seungri Dikecam Teruk Netizen Korea

Di sebalik kontroversi skandal seks dan perjudian yang melibatkan dirinya, bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri masih diberi peluang menjalani latihan ketenteraan wajib selama dua tahun.

Seungri mula mendaftar di sebuah kem tentera di daerah Cheorwon-gun, Gangwon-do pada 9 Mac lalu.

Kebanyakan netizen di sana mengecam dan mengkritik selebriti tersebut yang sehingga kini masih belum disabitkan hukuman berhubung jenayah yang dilakukannya sebelum ini.

Malah, ada yang memerli mengatakan Seungri mungkin akan berkongsikan beberapa video lucah dengan rakan-rakan pelatihnya yang lain.

Seungri yang secara rasmi telah menarik daripada Big Bang pada Mac tahun lalu dikaitkan dengan kesalahan berkongsi video seks beberapa wanita tanpa kerelaan mereka kepada rakan-rakannya menerusi aplikasi perbualan telefon.

Suho EXO Sumbang RM177,000 Untuk Rawat & Cegah Coronavirus

Ahli kumpulan EXO, Suho telah menyumbang sebanyak Won 50 juta (RM176,680.28) bagi aktiviti merawat penyakit Coronavirus yang semakin menyerang Korea Selatan sejak kebelakangan ini.

Suho mendermakan wang tersebut kepada yayasan Fruit of Love yang merupakan badan amal pilihannya sejak melakukan kerja-kerja amal tujuh tahun lalu.

Wang sumbangan itu akan digunakan untuk pelbagai usaha merawat dan pencegahan coronavirus.

Dalam perkembangan terkini, seramai 28 orang dilaporkan maut di negara Kimchi itu akibat virus tersebut yang kini semakin mencatatkan angka membimbangkan di seluruh dunia. – KopiPlanet.com

Kumpulan Twice Batal Konsert Jelajah Di Seoul Akibat Coronavirus

Kumpulan Twice terpaksa membatalkan konsert jelajah terakhir mereka di Korea Selatan yang sepatutnya berlangsung di Seoul pada 7 dan 8 Mac ini.

Menurut pihak pengurusan kumpulan itu, JYP Entertainment, keputusan itu diambil sebagai langkah keselamatan memandangkan kes disebabkan virus tersebut dilaporkan semakin meningkat dari hari ke sehari.

“Ini merupakan konsert jelajah Twicelights yang terakhir dan setiap ahli kumpulan ini sudah melakukan latihan persembahan yang cukup rapi. Namun kami dengan rasa kesal hati terpaksa membatalkan konsert ini sebagai langkah keselamatan.

“Kami akan umumkan maklumat mengenai pembatalan dan tebus kembali tiket yang sudah dibeli dalam satu lagi kenyataan lain selepas ini.

Twice yang dianggotai sembilan orang ahli iaitu Nayeon, Jeongyeon, Momo, Sana, Jihyo, Mina, Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu mula ditubuhkan pada 2015 dengan single pengenalan The Story Begins. – KopiPlanet.com

Netflix Bakal Terbitkan Dokumentari Perjalanan Seni Kumpulan Blackpink?

Kumpulan K-Pop wanita paling berjaya, Blackpink berkemungkinan besar akan mempunyai dokumentari sendiri di saluran tv digital, Netflix.

Walaupun perkara itu masih belum disahkan pihak Netflix, namun rata-rata peminat Blackpink yang digelar Blink sudah tidak sabar untuk menantikan siri dokumentari yang mengisahkan perjalanan seni kumpulan yang cukup popular dengan lagu Kill This Love itu.

Ura-ura itu tercetus selepas seorang peminat menemui pencarian ‘Untitled Blackpink Feature Documentary’ di bawah carian nama Blackpink.

Tidak memberikan jawapan jelas, pihak Netflix hanya mengatakan mereka tidak mempunyai informasi bila dokumentari itu bakal ditayangkan.

Blackpink yang ditubuhkan pada 2016 dianggotai Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo. – KopiPlanet.com

BTS Sambung Kontrak Sebagai Duta Global Kereta Hyundai

Kumpulan K-Pop terkenal, BTS sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai duta global jenama kereta Hyundai bagi tahun kedua berturut-turut.

BTS bekerjasama dengan Hyundai sejak tahun lalu dengan mempromosikan Hyundai Palisade yang menjadi kenderaan rasmi kumpulan tersebut. Tahun ini, mereka akan menggayakan kenderaan utiliti sukan Hyundai Nexo sebagai kereta rasmi.

Kumpulan yang popular dengan lagu Boy With Luv itu semalam hadir pada majlis anugerah Grammy yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles dengan menaiki Hyundai Nexo yang mendapat perhatian ramai peminat mereka.

Menerusi majlis itu juga, BTS yang dianggotai Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook mengadakan persembahan dengan Lil Nas X dan Billy Ray Cyrus menyanyikan lagu Old Town Road. Mereka mencipta sejarah apabila bergelar artis Korea pertama membuat persembahan di pentas berprestij Grammy. – KopiPlanet.com