AntarabangsaKpop

Festival Coachella Dibatalkan, Peminat ‘Kempunan’ Reunion Big Bang

Ekoran pandemik Covid-19, peminat setia kumpulan Big Bang nampaknya perlu bersabar lebih lama lagi untuk menantikan kemunculan semula mereka.

Big Bang sepatutnya dijadualkan membuatkan persembahan pada festival muzik Coachella di Amerika Syarikat pada bulan Oktober ini namun pihak pengurusan festival itu akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan terus edisi pada tahun ini demi keselamatan semua pihak.

Coachella yang merupakan festival muzik terbesar di negara Uncle Sam itu sebenarnya dijadualkan berlangsung pada bulan April lalu namun berikutan penularan wabak Covid-19 ia telah ditangguhkan pada Oktober ini.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Love Song dan Fantastic Baby itu dianggotai Taeyang, Top, G-Dragon dan Daesung.

Mereka mengambil keputusan berehat sebentar daripada industri hiburan berikutan terikat dengan latihan ketenteraan wajib yang diambil sejak dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button