AntarabangsaKpop

YG Entertainment Bakal Perkenalkan Kumpulan Baharu Setanding Blackpink?

Ura-ura semakin bertebaran mengatakan pihak pengurusan YG Entertainment bakal menubuhkan sebuah lagi kumpulan wanita popular yang dikatakan mampu mencipta kegemilangan seperti mana Blackpink.

Perkara itu menjadi buah mulut netizen selepas seorang orang dalam syarikat itu yang dikatakan secara tidak langsung telah memberikan ‘hint’ menerusi laman Instagramnya.

Menerusi entri tersebut, individu itu telah memuat naik satu cawan kertas yang memaparkan logo YG Entertainment beserta emoji gambar ‘baby’ dan ‘monster’ yang berkemungkinan membawa maksud nama kumpulan terbaharu itu ialah Baby Monster.

YG Entertainment masih belum memberikan kenyataan berhubung khabar angin tersebut walaupun ia sedang hangat diperkatakan di kalangan peminat muzik di Korea Selatan.

Agensi pengurusan popular itu sebelum ini bertanggungjawab menubuhkan antara dua kumpulan K-Pop yang popular di seluruh dunia iaitu Blackpink dan Big Bang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button