Cerita ArtisHiburan

Dah Ada 5 Gerai, Amir Raja Lawak Jual Pati Air Jagung

Pelawak Amir Raja Lawak tidak menyangka perniagaan air jagung yang diusahakannya semakin mendapat tempat di kalangan penggemar air berperisa tersebut.

Menurut Amir, perniagaan Air Jagung Amirreka pada mulanya hanya dijalankan secara suka-suka sahaja namun tidak menyangka ia mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk setempat.

“Saya mula jual semasa bulan Ramadan tahun lalu. Mulanya sekadar suka-suka tapi bila tengok ia laris dijual, saya mula jadikan ia sebagai pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan saya sekeluarga.

“Setakat ini, sudah ada lima gerai yang menjual Air Jagung Amirreka. Saya jual pati air jagung yang dibancuh sendiri kepada peniaga tersebut.

“Saya harap lebih ramai peniaga tertarik untuk usahakan gerai jualan air ini sebab ia sangat mudah dan tidak rumit untuk diusahakan,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis sidang media filem televisyen Suatukala di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur hari ini.

Amir turut akan membuka gerai jualan sendiri sekiranya terlibat dalam mana-mana karnival atau festival.

Kebiasaannya, dalam satu-satu acara, Amir berjaya menjual sebanyak 500 cawan air jagung dalam satu hari.

“Setakat ini, Alhamdulillah adalah sedikit rezeki, paling banyak terjual enam balang air namun ada ketika jualan berjalan sedikit perlahan bila mana tiga balang sahaja terjual dalam satu hari.

“Tapi itu adalah adat resam dalam meniaga, ada hari untung ada hari tidak,” katanya lagi.

Air Jagung Amirreka dijual pada harga RM5 secawan. Setakat ini terdapat lima gerai jualan yang menyediakannya iaitu di Shah Alam, Sentul, Cheras, Jengka dan Sandakan. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Amir Raja Lawak

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button