
Cerita ArtisHiburan
Siti Nurhaliza Umumkan Nama Anak, Siti Aafiyah Khalid
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya membuat pengumuman secara rasmi nama puteri sulung beliau yang dilahirkan pada Isnin lalu.
Memilih nama Siti Aafiyah Khalid, pengumuman nama tersebut dibuat dalam satu majlis tahnik yang diadakan di kediaman beliau di Bukit Antarabangsa malam tadi.
Majlis tahnik berkenaan disempurnakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dzulkifli al-Bakri.
Pada hari Isnin lalu, penyanyi berkenaan selamat melahirkan seorang puteri di sebuah pusat perubatan terkenal di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd. Jiwa menunggu selama 11 tahun sebelum penyanyi berkenaan disahkan hamil. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1