AntarabangsaHollywood

Cari Topi Sesuai Jadi Kerisauan Bekas Kekasih Putera Harry

Semua sudah tahu majlis perkahwinan diraja Putera Harry dengan isterinya, Meghan Markle turut dihadiri oleh dua bekas teman wanitanya iaitu Chelsy Davy dan Cressida Bonas.

Kedua-dua mereka menerima jemputan untuk majlis perkahwinan itu daripada Harry sendiri yang sehingga kini masih lagi berkawan dengan mereka.

Ketika menerima jemputan itu, Cressida mendedahkan dia pada mulanya agak sukar untuk mencuba menetapi tema perkahwinan diraja yang mewajibkan semua tetamu wanita untuk memakai topi.

“Saya rasa sukar untuk cari topi yang sesuai. Lagipun dengan kehadiran topi itu ia agak membataskan penglihatan para tetamu pada majlis itu.

“Sebab itu dalam kebanyakan majlis saya mengelak daripada memakai topi. Bila dalam jemputan itu kata wajib pakai topi, saya terus mencari topi yang sesuai yang mana rekaannya tidak keterlaluan bagi saya,” katanya.

Cressida bertemu janji dengan Harry pada 2012 namun berpisah dua tahun kemudian. Mereka diperkenalkan oleh sepupu Harry iaitu Puteri Eugenie.

Punca perpisahan mereka dikhabarkan kerana Cressida tidak boleh menyesuaikan diri dengan tumpuan media yang diberikan terhadap dirinya sepanjang menjalinkan hubungan dengan anak kepada Putera Charles dan Puteri Diana itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button