
Nourul Depp Tak Kisah Kembali Duet Dengan Bekas Suami
Penyanyi Nourul Depp menyatakan dia tidak kisah sekiranya mendapat peluang untuk kembali berduet dengan bekas suaminya iaitu Ajai.
Menerusi laman Instagram miliknya, Nourul berkata, tiada sebarang masalah buat dirinya untuk mengadakan persembahan bersama-sama dengan bekas suaminya itu.
“Kepada semua peminat yang tersayang, saya memang tida ada masalah untuk mengadakan persembahan dengan satu-satu lelaki sepertinya – Mr. Ajai.
“Malah, suami saya saya juga sudah lama memberikan kebenaran sejak dahulu lagi bergantung atas dasar profesionalism dan duet kami bersama adalah sebahagian daripada kehidupan saya,” jelasnya.
Nourul membuat kenyataan tersebut bagi memmberikan jawapan kepada pertanyaan seorang peminat yang ingin dia dan Ajai membuat kemunculan bersama semula.
Peminat berkenaan menyatakan dia begitu meminati gandingan Nourul dan Ajai semenjak berada di sekolah rendah dan ingin melihat kembali gandingan mereka berdua.
Menurut penyanyi itu lagi, dia boleh menyanyi atau mengadakan persembahan istimewa bersama Ajai andai semuanya baik-baik belaka.
“Yang baik itu semuanya dari Allah. Mudah-mudahan ada rezeki kalian untuk melihat semula kami menyanyi duet. Amin,” ujarnya.
Nourul dan Ajai pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1996, namun kedua-duanya berpisah pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Nourul Depp




