• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Aamir Khan Bakal Terbitkan Filem Forrest Gump Versi Bollywood

Pelakon Bollywood, Aamir Khan bakal menerbitkan filem blokbuster Hollywood, Forrest Gump yang akan dibikin mengikut acuan perfileman Bollywood.

Filem yang akan menampilkan Aamir sebagai pelakon utama itu akan menggunakan judul Lal Singh Chaddha.

Aamir mendedahkan perkara itu kepada pihak media yang menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-54 yang diadakan baru-baru ini.

Filem itu akan diterbitkan Aamir Khan Productions bersama dengan Viacom 18 Motion Pictures di bawah arahan Advait Chandan.

Menurut aktor itu lagi, penggambaran dijadualkan bermula Oktober ini dan ia bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

“Saya sentiasa menyukai skrip filem Forrest Gump. Ia satu kisah yang cukup indah tentang karakter tersebut. Ia sebuah filem yang sangat bagus untuk ditonton seisi keluarga,” katanya.

Forrest Gump yang dilakonkan aktor Tom Hanks telah ditayangkan pada 1994. Ia telah memenangi enam trofi Anugerah Oscar 1995 termasuk lakonan cemerlang Tom yang melayakkannya memenangi trofi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend