
Cerita ArtisHiburan
Aaron Aziz, Farid Kamil Terima Gelaran Datuk
Dua orang pelakon popular tanah air, Aaron Aziz dan Farid Kamil bakal menerima gelaran Datuk pada hari ini.
Menurut laporan Bernama, gelaran tersebut diterima menerusi penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Kedua-dua pelakon berkenaan bakal menerima gelaran tersebut pada hari ini bersempena dengan Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Budiey.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1