Pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim akhirnya bertemu dengan menantu mereka, Aslam yang juga suami kepada anak mereka iaitu Marissa Dania.
Momen-momen pertemuan itu dapat dilihat menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram milik Abby.
“Meraikan kemenangan Aidilfitri dgn mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang utk diperbaiki & setiap luka mempunyai kesempatan utk diubati
“Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin… Doakan yg baik2 ya,” tulisnya.
Menerusi video berkenaan, Marissa dan Aslam dilihat hadir bersama-sama dengan menaiki satu kereta ke majlis hari jadi yang dianjurkan Abby Abadi. – KopiPlanet.com



