AntarabangsaBollywood

Abhishek Bachchan Diejek Netizen Masih Tinggal Bersama Ibu Bapa

Keputusan yang dibuat oleh Abhishek Bachchan untuk terus menetap bersama ibu bapanya, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan walaupun sudah berkahwin telah mendapat ejekan daripada netizen.

Walaupun telah memutuskan perkara berkenaan sejak awal perkahwinan dengan Aishwarya Rai, namun masih banyak netizen yang tidak suka dengan pendiriannya itu.

Seperti yang dipetik Bollywoodlife.com, ramai netizen yang mengatakan Abhishek seorang pengecut dan anak manja kerana masih tinggal bersama ibu bapanya.

Biarpun terdapat pelbagai ejekan yang dibuat oleh netizen, namun bintang Bollywood berkenaan tetap membalasnya dengan ayat yang baik dan sopan di laman Twitter miliknya.

“Ya! Dan itu adalah saat yang paling membanggakan bagiku untuk selalu ada dengan mereka, seperti mereka juga selalu ada untukku. Cubalah lakukannya sesekali, mungkin kamu akan merasa lebih baik,” ujar Abhishek menerusi akaun Twitter @juniorbachchan.

Seperti diketahui umum, semasa hendak mendirikan rumah tangga, Abhishek ada meletakkan syarat kepada calon isterinya untuk tinggal bersama ibu bapanya.

Perkara inilah yang membuat pertunangannya dengan Karisma Kapoor sebelum ini terbatal di tengah jalan kerana kakak kepada Kareena Kapoor itu menolak untuk tinggal bersama keluarga mertua.

Dalam pada itu, ketika sudah menikah dengan Aishwarya Rai, keputusan Abhishek untuk tinggal dengan ibu bapanya juga sempat mendatangkan masalah.

Sudah beberapa kali muncul khabar angin bahawa Aishwarya tidak akrab dengan ibu mertuanya, Jaya Bachchan. Namun, khabar angin tersebut dibantah oleh Abhishek.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button