AntarabangsaHollywood

Acara Grammy Awards 2021 Terpaksa Ditunda Ke Tarikh 14 Mac Ini

Pihak Recording Academy selaku penganjur acara Grammy Awards 2021 menyatakan majlis anugerah tersebut akan ditunda ke 14 Mac ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, berdasarkan situasi yang berlaku di Los Angeles, ia adalah satu keputusan yang tepat untuk menunda acara berkenaan.

“Setelah perbincangan dengan pelbagai pihak, kami telah mengambil keputusan bahawa Grammy Awards 2021 akan diadakan pada 14 Mac 2021.

“Tidak ada yang lebih penting dari kesihatan dan keselamatan individu-individu dalam kalangan pemuzik serta mereka yang bekerja tanpa penat dalam menjayakan acara ini,” ujar kenyataan berkenaan.

Sebelum ini, segala persiapan telah dibuat untuk acara berkenaan dan pada mulanya ia dirancang untuk berlangsung pada 31 Januari ini.

Untuk acara kali ini, terdapat beberapa perubahan yang telah dilakukan, termasuk menghadkan jumlah tetamu yang hadir.

“Kami ingin berterima kasih kepada semua pemuzik, pekerja, pembekal dan terutama sekali calon pada tahun ini atas pengertian, kesabaran dan kesediaan mereka untuk bekerja bersama kami dalam menempuh satu situasi yang tidak pernah terjadi sebelum ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button