• FOLLOW US
Event, Hiburan

Acara Tayangan Amal Bukan Cinta Malaikat Meriah

Acara tayangan amal filem Bukan Cinta Malaikat yang dianjurkan Akademi Remaja Islam Austime (Arisma) telah berlangsung dalam suasana meriah, baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Arisma, Omar Ahmad, tujuan tayangan itu diadakan adalah untuk mengumpul dana buat Arisma bagi mengadakan pelbagai lagi aktiviti selepas ini.

“Tujuan diadakan majlis tayangan amal ini adalah untuk mengumpul dana Arisma memandangkan kami bergerak sebagai Badan Bukan Keuntungan (NPO). Jihad kami ialah untuk memperkasakan anak-anak istimewa, terutamanya remaja-remaja autisme.

“Kami memilih filem Bukan Cinta Malaikat kerana ia turut memaparkan satu NGO Muslim Care yang berjihad membantu mangsa-mangsa peperangan di seluruh dunia yang mana ada persamaan dengan Arisma iaitu membantu anak-anak istimewa autisme,” katanya ketika ditemui KopiPlanet.com pada majlis tayangan amal filem Bukan Cinta Malaikat di MBO Starling Mall, Damansara, baru-baru ini.

Dua orang penyanyi, Waris dan Umar antara yang hadir untuk membuat persembahan pada acara tayangan amal tersebut.

Arisma merupakan sebuah pertubuhan yang membekalkan remaja austima dengan kemahiran menguruskan diri, kemahiran berinteraksi dengan persekitaran sekeliling dan kemahiran sosial.

Tayangan amal filem itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dengan kehadiran lebih 500 tetamu.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada remaja autisme, Umar Hasfizal dan penyanyi Waris.

Bukan Cinta Malaikat merupakan filem usaha sama Malaysia-Indonesia yang dibintangi Nora Danish, Ashraf Muslim, Fachri Albar, Donita dan Afida Es. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend