• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ada Pihak Ambil Kesempatan, Maya Karin Tutup Perniagaan Burger Bakar

Pelakon popular Maya Karin membuat kejutan apabila mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan perniagaan burger bakar yang diusahakannya.

Maya Karin menerusi Instagram miliknya berkata, projek yang menggunakan nama #burgerbakarmayakarin itu bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup mulai 1 Ogos.

“Dengan ini saya ingin mengumumkan #burgerbakarmayakarin akan tutup bermula 1st August ini. Dengan itu saya memberitahu saya tidak terlibat dengan mana2 brands burger.

“Projek burger ini bermula pada musim PKP untuk mengisi masa yang terluang. Sejujurnya niat di hati ingin memperluaskan dan memperkembangan burger bakar saya,” ujarnya.

> Baca: ‘Fara Salleh’ Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Telah Difitnah

Menurut pelakon berkenaan, antara sebab utama dia menutup perniagaan tersebut setelah mendapati ada pihak mengambil kesempatan.

“Itu antara sebab saya mengambil keputusan untuk tutup terus. Terima kasih diatas sokongan anda semua yang tak terhingga.

“Saya amat hargai segala sokongan anda berikan! Dan Selamat Hari Raya Aidiladha! Love, Maya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Maya Karin

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend