Cerita ArtisHiburan

“Adakah Sah Perkahwinan Ini?” – Uqasha Senrose Persoal Status Perkahwinan Dengan Kamal Adli, Tarikh Akad Di Sijil & Majlis Nikah Berbeza

Setelah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk menfailkan penceraian, pelakon popular Uqasha Senrose sekali lagi mengejutkan ramai.

Dalam perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya, pelakon berkenaan mempersoalkan status pernikahannya memandangkan tarikh majlis nikah dan tarikh di sijil nikah berbeza.

“Allah Maha Besar Masyallah satu lagi , aku di nikah kan dan di akad atas PENGETAHUAN AKU PADA 5/11/2021 jam 9pagi , tapi di SIJIL NIKAH AKU DINIKAHKAN 4/11/2021 pada jam 9.30MALAM …

“Allahuakhbar .. adakah SAH PERKAHWINAN NI ? tanpa pengetahuan BAKAL ISTERI ? sah ke ? cukup ke syarat sah kawin?” tulisnya.

Menerusi posting itu lagi, Uqasha mendakwa dirinya diperbodohkan oleh keluarga Kamal dan memohon bantuan ustaz atau ustazah mengenai status perkahwinannya.

“Selama ni aku di perbodohkan oleh seluruh keluarga nya dan bapa sy di manipulate oleh si DIA DAN KELUARGA UNTUK KATA SAH SBB DAH ADA WALI?

“Ustaz dan ustazah mohon dan tolong saya 🙏🏻,” ujarnya.

Bagaimanapun, posting berkenaan telah diedit semula oleh pelakon tersebut dan memaklumkan tidak tahu dinikahkan pada tarikh tersebut selepas prosiding mahkamah. – KopiPlanet.com

“TANPA PENGETAHUAN KU Allahuakhbar .. ? ? 🙏🏻 lepas found out prosiding mahkamah pagi tadi DAN SAYA TIDAK TAHU SAYA DINIKAH PADA TARIKH TERSEBUT,” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button