• FOLLOW US
Fashion, Gaya Hidup

Adira Jual Tudung Eksklusif Berharga RM1,000 Untuk Tujuan Amal

Penyanyi Adira bekerjasama dengan jenama tudung Hermanas memperkenalkan Koleksi Raya Hermanas X Adira bersempena kempen Aidilfitri tahun ini.

Menariknya, terdapat sehelai tudung eksklusif yang ditandatangani oleh Adira sendiri akan dilelong pada permulaan harga bidaan RM1,000 bagi tujuan amal.

“Saya sememangnya penggemar tudung Hermanas kerana ia mudah dipakai. Saya sebenarnya suka tudung yang senang untuk dipakai dan tidak mudah renyuk dan Hermanas menepati semua kriteria-kriteria itu dalam tudung yang dijual mereka.

“Untuk koleksi raya kali ini, saya cukup sukakan warna-warna pastel dan lembut yang diketengahkan dan ia sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa sahaja,” jelasnya mengenai kerjasama tersebut.

Dia berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi raya Hermanas X Adira yang berlangsung di The Curve, Petaling Jaya baru-baru ini.

Ujarnya, duit hasil lelongan itu akan disalurkan ke badan kebajikan yang terpilih sempena menyambut kedatangan hari lebaran nanti.

Sementara itu, pengasas Hermanas, Syed Zulhilmi Tuan Syarif berkata tudung keluaran mereka adalah unik kerana dibuat sepenuhnya menggunakan premium cotton bagi memberikan keselesaan maksimum buat pemakai.

“Bawal Hermanas sangat berbeza daripada bawal yang sedia ada di pasaran kerana material yang digunakan adalah yang diperbuat khas untuk Hermanas iaitu Hermanas Premium Cotton Voile.

“Ia sangat mudah dibentuk serta tidak mudah berkedut dan yang paling istimewa harganya juga sangat berpatutan,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Adira sebagai duta bagi kempen raya tahun ini, Syed Zulhilmi menjelaskan dia tertarik dengan cara pemakaian tudung penyanyi berkenaan.

“Adira adalah pilihan yang tepat sebab dia sendiri memang bertudung dan cara pemakaian tudung dia juga cantik, trendy dan kemas sesuai dengan imej yang dibawakan Hermanas,” ujarnya.

Koleksi berkenaan menawarkan sebanyak 12 rekaan menarik yang didatangkan dalam 40 variasi warna. Tudung dalam koleksi ini dijual pada harga RM69 sehelai.

Tudung kolaborasi Hermanas bersama Adira ini boleh didapati menerusi stokis Hermanas di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia atau dengan mengunjungi butik yang terletak di The Strand, Kota Damansara. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend