Cerita ArtisHiburan

Aeril Zafrel Dedah Ada Pihak Salah Guna Gambar Dia & Isteri

Pelakon Aeril Zafrel mendedahkan bahawa ada pihak yang telah menyalahgunakan gambar dia dan isterinya, Wawa Zainal tanpa kebenaran untuk tujuan promosi.

Menerusi laman instagram miliknya, pelakon itu memberi peringatan dan penafian mengenai sebuah kedai dalam talian yang melakukan perkara tersebut.

“Pihak HM Exclusive ini telah menggunakan gambar saya dan isteri TANPA KEBENARAN untuk tujuan promosi dan perniagaan mereka.

“Saya dan isteri juga TIDAK TERLIBAT dalam urusan perniagaan syarikat tersebut. Justeri, kami tidak akan bertanggungjawab bagi segala perkara berbangkit yang berkaitan HM Exclusive ini,” ujarnya.

Menurut pelakon itu, tujuan perkara itu diwar-warkan kepada umum adalah bertujuan untuk mengelak sebarang kemungkinan yang boleh mendatangkan kemudaratan, kerugian dan ketidakbaikan dalam perkara yang tidak diingini berlaku pada saya dan isteri serta pihak lain yang berurusan dengan entiti perniagaan tersebut.

“Pihak pengurusan kami sedang dalam usaha mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali page HM Exclusive kerana keengganan bekerjasama meskipun beberapa kali amaran telah diberikan oleh pihak kami,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Aeril Zafrel

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button