AntarabangsaKpop

Agensi Pengurusan Kongsi Gambar Kahwin Taeyang-Hyo Rin

Gambar rasmi daripada majlis perkahwinan ahli kumpulan Big Bang, Taeyang dengan isterinya Min Hyo Rin telah pun dikongsikan oleh syarikat pengurusannya, YG Entertainment.

Taeyang, 30, dan Hyo Rin berkahwin di sebuah gereja di Gyeonggi, Sabtu lalu selepas tiga tahun menyulam cinta.

Menerusi perkongsian itu, agensi berkenaan memberikan ucapan tahniah buat kedua pasangan mempelai tersebut.

“Majlis perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin berjalan lancar dengan restu daripada semua pihak. Terima kasih sekali lagi kerana mendoakan mereka.”

Majlis resepsi pasangan tersebut bertemakan perkahwinan dalam taman itu mengambil inspirasi filem Twilight, direka perancang perkahwinan tersohor, Youngsong Martin.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis mereka ialah seperti anggota kumpulan Big Bang, Daesung dan Seungri, bekas kumpulan 2NE1, CL dan Sandara Park serta penyanyi Psy dan SE7EN.

Taeyang atau nama sebenarnya Dong Young-bae pertama kali berjumpa dengan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon pada tahun 2014 ketika Hyo Rin, 32, membintangi muzik video lagu nyanyian Taeyang pada ketika itu.

Pasangan itu kemudiannya mula bercinta pada 2015 dan Disember lalu Taeyang menerusi Instagramnya telah mengumumkan dia sudah bertunang dnegan gadis pujaannya itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button