Cerita ArtisHiburan

Ahya Nafi Jalinkan Hubungan Istimewa Dengan A. Aida

Nama model dan pelakon Ahya Rosli kini kembali menjadi bualan hangat selepas dia kini dikatakan semakin rapat dengan penerbit terkenal, Datuk A. Aida.

Hubungan mereka semakin diperkatakan ramai, lebih-lebih lagi selepas kedua-duanya mengerjakan umrah bersama-sama dua minggu lalu. Malah, Ahya kerap memuat naik gambar mereka berdua di Instagram miliknya.

Ahya memberitahu bahawa ketika ini dia masih lagi single dan hanya menganggap A. Aida sebagai kawannya sahaja memandangkan wanita itu merupakan teman baik ibunya iaitu pelakon Normah Damanhuri.

“A. Aida kawan baik mama dan saya sudah mengenali beliau sejak dari kecil lagi dan rapat dengan keluarga saya. Mengenai mengerjakan umrah bersama-sama, sebenarnya kami menggunakan agensi umrah yang sama dan  secara kebetulan kami pergi pada waktu yang sama.

“Sebenarnya saya masih lagi single sejak tahun 2013. Saya tak faham bila saya letak gambar mana-mana wanita dalam Instagram, orang cakap saya playboy. Kalau saya letak gambar Zulin, orang kata saya bercinta dengan Zulin, letak gambar dengan A. Aida, orang kata saya bercinta dengan beliau. Tak ke pelik itu? Sebab bagi saya Instagram merupakan medium di mana saya nak letak dan kongsi gambar-gambar yang cantik,” luahnya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Menurut Ahya lagi, A. Aida turut bercerita dengannya yang dirinya tidak terlepas ditanya tentang hubungannya dengan Ahya oleh pihak media. Namun, produser popular itu hanya memberikan satu jawapan sahaja iaitu ‘no comment’ sekiranya ditanya mengenai perkara itu.

Walaupun tidak mempunyai hubungan istimewa dengan A. Aida, pelakon itu menyatakan dia tidak kekok berkawan dengan wanita lebih berusia daripadanya memandangkan dia sememangnya suka berkawan tanpa mengira latar belakang dan usia seseorang itu.

Sementara itu ketika ditanya ciri-ciri wanita yang menjadi dambaan hatinya, jejaka berusia 30 tahun itu berkata, dia menggemari ‘minah saleh’ terutamanya yang berasal dari Rusia atau Belgium.

“Wanita idaman saya perlu cantik, kena tinggi, ‘minah saleh’ dari Rusia atau Belgium, rambut blonde original, itulah gadis dambaan saya kalau awak tanya saya,” katanya yang tidak menolak gadis Melayu sekiranya itu jodohnya.

Mengenai perkembangan seni, Ahya akan memasuki set penggambaran telefilem berjudul Studio Awie minggu hadapan. Telefilem itu merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida iaitu A. Aida Production.

Menurut Ahya lagi, sekarang dia terpaksa menolak banyak tawaran modelling disebabkan terikat dengan komitmen lakonan yang semakin mencurah-curah rezeki buatnya. – KopiPlanet.com

Kredit gambar: Instagram Ahya Rosli

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button