Cerita ArtisHiburan

Aidil Aziz, Fasha Sandha Dikurniakan Cahaya Mata Perempuan

Pelakon Aidil Aziz mengumumkan isterinya, pelakon Fasha Sandha akhirnya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan hari ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi perkongsian di Instagram miliknya berserta dengan sekeping gambar bayi mereka.

“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini.

“I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok🤗😘. Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami.
Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian..🤲Aminn🤲,” ujarnya.

Ini merupakan cahaya mata sulung buat Aidil, manakala ia yang ketiga buat Fasha. Sebelum ini, Fasha sudah memiliki dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Aidil dan Fasha telah telah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button