Cerita ArtisHiburan

Aishah Dapat Hadiah Kek, Ucapan Terima Kasih Daripada Siti Nurhaliza

Di sebalik kecaman dan rasa tidak puas hati ketika mempersembahkan lagu Aku Bidadari Syurgamu ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 baru-baru ini, ternyata Aishah mendapat hadiah istimewa daripada penyanyi asalnya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Berkongsi di Instagram miliknya, Aishah menunjukkan hadiah kek serta berserta nota ucapan terima kasih daripada penyanyi berkenaan.

“Assalamualaikum Kak Aishah yang Siti hormati, Siti nak ucapkan terima kasih atas kesudian Kak Aishah menyanyikan lagu #ABS di SFMM tahun ini.

“Ini satu penghormatan buat Siti dan Siti ucapakan semoga Kak Aishah dapat memberikan persembahan terbaik seperti selalu. Siti sentiasa mendoakan Kak Aishah. Ikhlas, Siti Nurhaliza,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan turut meluahkan rasa peliknya, terutama sekali terhadap segelintir peminat yang fanatik.

Ujarnya, semasa Gegar Vaganza 4 (GV4) sebelum ini, dia perasan peminat yang fanatik adakalanya membuatkan perlakuan yang pelik-pelik, menunjukkan sokongan kepada artis kesayangan sehingga sanggup memaki hamun artis lain.

“Sedangkan hubungan kami sesama artiste ok je… masa GV4 dulu pelik betul I baca komen-komen fans hentam artiste lain untuk naikkan artiste kesayangannya.

“Yang kelakarnya kami sesama artiste ok je, group GV4 kami best sangat, boleh duduk makan sama, saling bertukar idea, bantu membantu. I banyak bertanya pasal vocal technique dari Hazami. Bergurau usik mengusik ok je,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Aishah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button