• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Tarik Diri Dari ‘Gulab Jamun’?

Hampir sekian lama tidak muncul membintangi apa-apa filem akhirnya Abhishek Bachchan kembali ke pawagam menerusi filem Manmarziyaan yang turut dibintangi oleh Taapsee Pannu dan Vicky Kuashal pada September tahun lalu.

Selepas ini Abhishek dikhabarkan akan membintangi sebuah filem Gulab Jamun di samping isterinya, Aishwarya Rai dalam filem tersebut.

Walau bagaimanapun, menurut laporan terbaharu, kedua-dua mereka memilih untuk menarik diri daripada membintangi filem tersebut.

Pasangan ini difahamkan cukup teruja apabila menerima tawaran tersebut namun hanya pada saat-saat akhir sebelum penggambaran hendak dimulakan mereka telah membuat keputusan untuk menarik diri tanpa mendedahkan sebarang sebab kenapa perkara itu berlaku.

Walaupun alasan mereka masih tidak jelas tetapi pasangan itu telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak produksi filem Gulab Jamun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend