HiburanSelebriti

Akhirnya Iqbal Bakal Muncul Dengan Single Sulung Berjudul Hujan, Papar Kisah Benar Tentang Perjalanan Hidup Dirinya

Usahawan selebriti Ahmad Iqbal Zulkefli akhirnya bakal muncul dengan sebuah single sulung yang akan dilancarkan pada minggu hadapan.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Iqbal menyatakan single yang berjudul Hujan itu mengisahkan tentang perjalanan hidupnya.

“1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini.

“Terima kasih pengarah video muzik @ericfuzi_f88 sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam – bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya,” jelasnya.

Sebelum ini, Iqbal pernah menggemparkan ramai apabila menawarkan bajet sehingga RM500,000 untuk individu yang boleh menghasilkan lagu untuk dinyanyikan olehnya serta video muzik.

Kongsi Iqbal lagi, sesi rakaman dibuat selepas tiga hari dia menerima lagu berkenaan dan liriknya pula adalah sebahagian daripada dirinya serta idea bersama Zai Hamzah dan Oja.

“Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah @achoifloor88 & @aku_oja tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya.

“Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman. Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah & Oja. Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja keras. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
2
+1
4
+1
0
+1
14
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button