DramaTV

‘Aku Pilih Pelangi’ Angkat Kisah Realiti Sebuah Perkahwinan Yang Diuji

Viu, perkhidmatan penstriman video terkemuka milik PCCW, baru-baru ini mengumumkan pelancaran Viu Original terbaharunya, Aku Pilih Pelangi (The Colour of Us), menerusi satu sesi pelancaran media dan tayangan perdana yang dihadiri oleh rakan media, rakan industri serta barisan pelakon dan produksi.

Siri 12 episod ini dibintangi oleh Mira Filzah, Zahiril Adzim dan Noki K-Clique, dan boleh mula distrim di aplikasi Viu pada 16 April 2026, dengan episod baharu setiap hari Khamis dan Jumaat.

Diterbitkan oleh Global Film Station dan diarahkan oleh Riza Baharudin, siri ini melangkaui kisah romantik dengan mengangkat realiti sebuah perkahwinan yang diuji apabila berlaku perubahan besar dalam kehidupan, serta tekanan emosi di dalam perhubungan.

Bolehkah Cinta Terus Mekar Dalam Kegelapan?

Siri ini mengisahkan Firdaus (Zahiril Adzim), seorang arkitek berjaya yang kehilangan penglihatan akibat penyakit jarang berlaku, sekali gus memaksa isterinya, Nayla (Mira Filzah), untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Bagi membantunya menyesuaikan diri, Nayla memasang sistem tali panduan berwarna merah di dalam rumah.

Walaupun tali tersebut membantu Firdaus bergerak secara fizikal, ia tidak mampu meredakan keletihan dan tekanan emosi yang semakin dirasai Nayla.

Apabila beban tanggungjawab semakin meningkat, Nayla mula menemui ketenangan bersama Iskandar (Noki K-Clique), rakan sekolah lamanya yang kembali hadir dalam hidup mereka.

Apa yang bermula sebagai sokongan perlahan-lahan mencabar batas kesetiaan. Dalam masa yang sama, Firdaus yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu, mula menyedari bahawa hubungan mereka dan keharmonian keluarga mereka tidak lagi seperti dahulu.

Apa yang lebih istimewa lagi, naskhah ini menyaksikan kemunculan semula Mira Filzah di platform Viu selepas kejayaan Gadis Masa. 

Beliau digandingkan dengan Zahiril Adzim dan Noki K-Clique, yang mana masing-masing mempertaruhkan lakonan penuh beremosi dalam sebuah naratif yang mengupas tema cinta, tanggungjawab serta dilema dalam membuat pilihan.

Viu Tawar Diskaun 50% Sempena Kempen Work From Home

Seiring dengan pelaksanaan arahan Work From Home (WFH) oleh kerajaan bermula 15 April, Viu memperkenalkan tawaran diskaun 50% untuk pelan langganan bulanan,bermula dari RM10.95 bagi dua bulan pertama.

Penonton boleh menikmati pelbagai kandungan premium dari rumah, termasuk Viu Original terbaharu, Aku Pilih Pelangi.

Ikuti kami di Facebook, Instagram, YouTube, X, dan TikTok. TikTok. Muat turun aplikasi Viu melalui App Store, Google Play, Huawei AppGallery serta TV pintar terpilih, atau layari www.viu.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button