Cerita ArtisHiburan

“Aku Tak Minta Untuk Jadi Begini…” Zynakal Kongsi Kata-Kata Cercaan Terhadap Dirinya

Penyanyi Zynakal menerusi perkongsian di Instagram miliknya berkongsi mengenai kata-kata cercaan seorang netizen terhadap dirinya.

Bagaimanapun, menerusi kata-kata yang ditulis, penyanyi berkenaan dilihat lebih berlapang dada terhadap cercaan berkenaan.

“Aku tak minta untuk jadi begini, cuma pinta jadi manusia biasa.. Terima kasih untuk kata-kata..

“Hanya doa untuk kita semua agar hati terbuka dan berlapang dada,” ujarnya yang tidak mendedahkan nama netizen berkenaan.

Antara kata-kata cercaan yang ditulis seperti bila dia akan dimasukkan ke hospital mental serta membandingkan suara beruk lebih kuat berbanding suaranya.

Dalam pada itu, ramai rakan-rakan artis yang telah memberi kata-kata semangat terhadap dirinya.

“Jangan ambil peduli bro, stay strong,” tulis Alif Satar.

“Tak usah di layan adik.. janji happy!” ujar Indah Ruhaila.

“Ini ciri2 budak gagal pendidikan sivik dan jasmani ni zyn, pedulikan mereka..

“Aku doakan kau semoga murah rezeki, berjaya dunia akhirat my brother,” ujar salah seorang anggota K-Clique iaitu Tuju. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button