• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Alam Wakaka Selamat Ikat Tali Pertunangan Dengan Gadis Pilihan

Penari popular yang juga seorang pelakon, Alam Wakaka telah selama mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya.

Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 34, bertunang dengan gadis kelahiran Segamat, Johor iaitu Nurul Alisya Najwa Hazman yang baru berusia 19 tahun.

“Saya meminta agar semua yang mengenali Alam dapat mendoakan semoga saya dan bakal isteri mendapat kesejatran dan kebahagian,” ujarnya.

Majlis yang di hadiri oleh keluarga terdekat antara pihak Alam Dan Alisya dibuat dengan sederhana bagi mengikut SOP yang ditetapkan di musim PKPB ini.

> Baca: Ada Pihak Ambil Kesempatan, Maya Karin Tutup Perniagaan Burger Bakar

Perbincangan antara kedua-dua keluarga telah mendapat kata sepakat, di mana ikatan pertunangan selama enam bulan dan pernikahan bakal dilangsungkan pada bulan Mac tahun hadapan.

Alam merupakan juara program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 dan pernah membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti Alam’s Story tujuh tahun lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend