EventHiburan

DJ Popular Alan Walker Meriahkan Borneo Music Festival Live 2020

DJ popular dari United Kingdom Alan Walker bakal memeriahkan Borneo Music Festival Live 2020 yang akan diadakan di Sarawak Cultural Village pada 10 dan 11 April ini.

Penganjuran festival yang dibawakan khas oleh BME International ini merupakan hasil kerjasama antara Benta Mewah selaku penaja. Pada masa sama, festival ini turut menyaksikan kolaborasi hebat Firmament Event Studio bersama More Entertainment.

Selain Alan Walker, festival muzik ini turut disertai DJ Soda (Korea Selatan), DJ Alexis Grace (Malaysia), Nicole Chen (Singapura), DJ X Factor (Filipina), DJ Venom C dan Moski Love (Indonesia), LFDY (Live Fast Die Young) dari Taiwan serta Alex X dari China.

Tidak hanya membawakan penghibur antarabangsa, acara ini turut dihiasi persembahan daripada pemuzik kebanggaan Sarawak sendiri iaitu At Adau, Tuku Kamek, DJ Chaca Feroza, DJ Myvax dan DJ Ice-Cream.

Selain menampilkan persembahan muzik dalam skala besar, penonton juga bakal terpesona dengan ‘dunia borneo’ ditampilkan di Sarawak Cultural Village.

Dengan keluasan 17 ekar, ia menempatkan banyak replika rumah kaum etnik Sarawak di dalam satu kawasan rekreasi. Tidak ketinggalan terdapat juga bazar yang menjual pelbagai barangan menarik seperti kraf
tangan, baju, makanan istimewa dan lain-lain.

Tiket untuk Borneo Music Festival Live 2020 bakal dijual pada 14 Januari bermula 12 tengah hari menerusi airasiaredtix.com/tickets/BMFL2020 dan senarai harga tiket adalah seperti berikut:

PASS 2 HARI – General Admission
• Private Sales: RM200
• Early Bird: RM320
• Fasa 1: RM360
• Fasa 2: RM400

PASS 2 HARI – Rock Zone
• Early Bird: RM600
• Fasa 1: RM650
• Fasa 2: RM700 – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button