• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Aliff Aziz Luah Rasa Kecewa, Akui Dirinya Bermasalah

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang mentertawakan dirinya terhadap penderitaan yang dilaluinya.

Menerusi luahan di Insta Story miliknya, artis kelahiran Singapura itu juga mengakui dirinya seorang yang bermasalah.

“Teruskan ketawa di atas penderitaan saya. Ya, saya bermasalah. Tetapi percayalah jika anda di tempat saya, anda mungkin tidak akan kuat berhadapan dugaan yang saya hadapi. Ya, saya sudah memalukan orang yang sayangkan saya. Tiada siapa yang tahu apa saya lalui.

“Saya tidak perlu berikan penjelasan kepada sesiapa. Walaupun seteruk mana saya, Allah sentiasa ada untuk saya. Ia sangat melucukan apabila orang yang mengaku alim dan muslim yang lebih banyak menghina,” luahnya.

Baru-baru ini telah tular satu video yang mamaparkan pelakon dan penyanyi berkenaan sedang bergaduh sambil menunjukkan kemaluan.

Ternyata penularan video berkenaan mendapat reaksi ramai sehingga ada yang mengatakan Aliff sedang mabuk ketika kejadian itu berlaku. – KopiPlanet.com

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend