• FOLLOW US
Event, Hiburan

Aliff Syukri Lancar E-Book, Dedah Rahsia Bergelar Usahawan Berjaya

Seperti yang diketahui umum, selain bergelar pelakon dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri juga merupakan salah seorang usahawan yang cukup berjaya dan dikenali ramai.

Mengambil inisiatif untuk berkongsi tentang kejayaan yang diraihnya itu, Aliff telah menghasilkan sebuah buku berjudul Rahsia Kejayaan Dan Teknik Perniagaan From Hero To Zero dalam bentuk E-Book.

Menurutnya, E-Book berkenaan bukanlah menceritakan mengenai kisah bibliografi dirinya, tetapi kandungannya lebih kepada teknik-teknik untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

“Sudah lama saya menanam impian untuk menjadi pakar motivasi dan mahu membimbing orang ramai, tetapi sedar yang diri saya ini tidak layak.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk menghasilkan E-Book ini, di mana saya menceritakan tentang tips-tips yang sama amalkan seperti cara uruskan masa dengan betul, teknik percakapan, doa-doa yang diamalkan serta beberapa lagi tips yang ada dalam E-Book ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran E-Book Rahsia Kejayaan Dan Teknik Perniagaan From Hero To Zero yang berlangsung baru-baru ini.

Menurut Aliff, E-Book yang berharga RM70 (harga promosi) itu tidak dihasilkan dalam bentuk fizikal, sebaliknya pembeli akan menerimanya dalam bentuk salinan fail PDF yang dihantar melalui emel selepas proses pembelian.

Dalam pada itu, usahawan berkenaan juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi ejen jualan E-Book berkenaan menerusi program affiliate yang dijalankan.

“Ejen affiliate hanya dibuka untuk pembeli E-Book sahaja. Kalau tidak beli, tidak boleh join. Komisen affiliate sangat tinggi, di mana ejen akan mendapat komisen sebanyak 50 peratus daripada harga jualan,” ujarnya.

Bagi yang ingin mengetahui dan mendapatkan sebarang maklumat lebih lanjut mengenai E-Book berkenaan boleh klik pada link https://ybc.onpay.my/order/form/zerotohero/1261. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend