• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Aliff Syukri Luah Rasa Terkejut Permohonan Dapatkan BPN Tidak Diluluskan

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkejutnya apabila permohonannya mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak diluluskan.

Menurutnya, dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dirinya sebagai seorang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) juta turut merasai tekanan.

“Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan… saja nak semak .. saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai… rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan.

“Dan ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum nak dapat sale jatuh 90 peratus.. 😰 hanpir semua bisnes tutup.. Saya amat sedih dlm keadaan ini dan berharap Rakyat Malaysia dapat membantu Kerajaan untuk mempercepatkan proses penyakit Corola ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aliff turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokongnya yang membeli produk walaupun tidak dalam kuantiti yang banyak.

“Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami.. Apa pn terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk orang macam saya (IKS) yang lain untuk meringankan beban kami,” ujarnya. -KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend