HiburanSelebriti

Ally Iskandar, Hawa Rizwana Mula Bertugas Sebagai Penyampai Radio Di Stesen Buletin FM

Platform radio Media Prima, RIPPLE (dahulunya dikenali sebagai Rangkaian Radio Media Prima) mengumumkan mengenai beberapa individu yang menjadi penyampai radio.

Sebelum ini, stesen Hot FM membuat kejutan dengan menyaksikan Fara Fauzana akan bersama Hot FM sebagai orang ketiga disamping AG dan Fad untuk segmen pagi di Hot FM.

Trio berkenaan memulakan segmen pagi secara rasmi di Hot FM setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.

Apa yang istimewanya apabila pengacara TV, iaitu Ally Iskandar dan pembaca berita Buletin Utama, Hawa Rizwana memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di stesen Buletin FM yang bermula pada hari ini.

Sebelum ini, Buletin FM lebih dikenali sebagai Kool FM dan telah melalui pembaharuan dengan penjenamaan semula.

Tidak ketinggalan buat Douglas Lim, cukup dikenali sebagai pelakon, pelawak dan pengacara televisyen, diumumkan menyertai Fly FM dalam segmen pagi bersama penyampai sedia ada Fly FM iaitu Ili.

Bekas pemenang program Flydol yang juga seorang penyanyi dan penulis lirik ini akan ke udara bersama Douglas Lim juga bermula hari ini pada setiap Isnin hingga Jumaat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button