• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Alyah Tampil Single Baharu Cintaiku, Tonjol Kelainan Vokal

Penyanyi Datin Alyah kini telah tampil dengan single terbaharu berjudul Cintaiku yang dilancarkan secara rasmi semalam.

Lagu ciptaan bersama Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dan lirik oleh Arisz Ab Rahman, Datin Hasniza dan Ikhwan itu menampilkan kelainan warna vokal isteri kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS ini.

“Muzik lagu ini masih dalam kategori balada. Kalau bercakap soal kekuatan, dalam lagu ini vokal saya menjadi lain. ‘Key’ yang dipilih untuk lagu ini mengubah ‘tone’ suara saya. Pendek kata, bunyinya tidak seperti lagu saya sebelum ini.

“Saya yakin, bagi yang kali pertama mendengar akan cakap suara saya lain. Namun, saya ingin puji karya ini kerana melodi yang sangat menarik. Pada bahagian korus lagu ini pasti akan mudah diingati,” katanya.

Berkongsi mengenai projek single terbitan dan edaran syarikat rakaman, Nova Music (M) Sdn Bhd itu, Alyah berkata ia terjadi secara kebetulan.

“Sejujurnya, lagu ini tidak ada dalam perancangan saya untuk tahun ini. Kalau ikutkan saya memang nak muncul dengan single baru, tapi bukan awal tahun dan genre balada.

“Mungkin inilah yang dikatakan rezeki apabila pihak Nova menghubungi pegawai perhubungan awam saya dan menawarkan lagu ini”, katanya.

Cintaiku kini sudah boleh didapati menerusi semua aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, iTunes, Joox dan lain-lain. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend