Cerita ArtisHiburan

Amir Jahari Terpaksa Jual Gitar Kesayangan Demi Kelangsungan Hidup

Tidak dinafikan ramai pihak yang terkesan dengan pandemik Covid-19, termasuk mereka yang berada dalam industri seni seperti penyanyi.

Malah, penyanyi Amir Jahari misalnya terpaksa menjual gitar kesayangannya berharga RM2,200 demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Sebuah guitar yang saya dah gunakan dan perform di banyak tempat, serta recording untuk beberapa lagu dalam album pertama dan kedua saya.

“Harga asal masa beli RM 3000++ , Solid Top, kayu jenis ni main lama makin sedap. Jual untuk kelangsungan hidup,” kongsinya di Instagram.

Setelah mengiklankan di laman sosial berkenaan, Amir berjaya menjualnya kepada seorang individu.

Apa yang lebih menyentuh perasaan apabila individu berkenaan telah membayar sebanyak RM3,000, meskipun penyanyi itu menjualnya dengan harga RM2,200 sahaja.

“Good news, dah ada orang beli dan bank in, siap bank in lebih dari harga sepatutnya, Thank you semua batu retweet dan sebarkan berita saya nak jual guitar ni,

“Semoga kalian semua dipemudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki yang banyak,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button