• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Ananya Panday Tolak Dakwaan Cinta Tiga Segi Dengan Sara Ali Khan

Aktres Bollywood yang semakin meningkat naik, Ananya Panday menolak dakwaan tentang hubungan cinta tiga segi bersama Sara Ali Khan dan Kartik Aaryan.

Baru-baru ini timbul dakwaan oleh segelintir peminat yang mengatakan bahawa Ananya dan Sari Ali masing-masing ada hubungan cinta dengan Kartik.

“Tiada pun kisah cinta tiga segi. Lagipun umur saya baru 20 tahun dan masih lagi muda. Ia adalah normal untuk gadis muda seperti untuk meminati seseorang.

“Saya sangat terbuka dengan perasaan serta tak kisah untuk menyatakan individu yang saya minati. Memandangkan dengan usia yang muda, tidak mustahil individu yang saya minat akan berubah-ubah,” ujar Ananya.

Sebelum ini, ketika muncul dalam program Koffee With Karan, Sara Ali memberitahu pengacara Karan Johar bahawa dia berminat untuk keluar bersama-sama dengan Kartik.

Manakala pada bulan lalu, Ananya pula mengakui dia sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap aktor yang mula dikenali menerusi filem Pyaar Ka Punchnama.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan, Kartik menyatakan dia sangat mengenali Ananya ketika ini.

“Ia adalah sekadar khabar angin sahaja, sama ada ia benar atau tidak, ia sekadar perbualan secara umum. Sekarang saya hanya mahu memberi fokus menjalani penggambaran dengan Ananya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend