• FOLLOW US

Kartik Aaryan Tegaskan Sara Ali Khan Hanya Sekadar Teman

Sebelum ini aktor Kartik Aaryan dan Sara Ali Khan telah dikatakan menjalinkan hubungan cinta ketika sama-sama menjayakan filem AAJ KAL.

Keakraban yang ditampilkan kedua-duanya itu bukan sekadar di dalam filem sahaja, malah ia berlanjutan sehingga menjadi cinta lokasi.

Selama ini Kartik enggan menjawab segala persoalan yang timbul tentang hubungannya dengan anak sulung Saif Ali Khan itu, tetapi akhirnya dia membuka mulut mengenai perkara tersebut.

“Sara itu hanya teman saya, tidak lebih daripada itu. Sesiapa pun yang bergandingan dengan saya, pasti akan kami akan digosipkan bercinta. Jadi, saya malas untuk mengulas mengenainya,” ujar pelakon berkenaan.

Menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang bertebaran, Kartik menyatakan hubungannya dan Sara tidak lebih daripada rakan sekerja sahaja.

Ujarnya, dia tidak dapat menghalang sebarang gosip yang diperkatakan ramai, malah sehingga kini dia tidak pernah lagi membicarakan mengenai hubungan cintanya. – KopiPlanet.com

Ananya Panday Tolak Dakwaan Cinta Tiga Segi Dengan Sara Ali Khan

Aktres Bollywood yang semakin meningkat naik, Ananya Panday menolak dakwaan tentang hubungan cinta tiga segi bersama Sara Ali Khan dan Kartik Aaryan.

Baru-baru ini timbul dakwaan oleh segelintir peminat yang mengatakan bahawa Ananya dan Sari Ali masing-masing ada hubungan cinta dengan Kartik.

“Tiada pun kisah cinta tiga segi. Lagipun umur saya baru 20 tahun dan masih lagi muda. Ia adalah normal untuk gadis muda seperti untuk meminati seseorang.

“Saya sangat terbuka dengan perasaan serta tak kisah untuk menyatakan individu yang saya minati. Memandangkan dengan usia yang muda, tidak mustahil individu yang saya minat akan berubah-ubah,” ujar Ananya.

Sebelum ini, ketika muncul dalam program Koffee With Karan, Sara Ali memberitahu pengacara Karan Johar bahawa dia berminat untuk keluar bersama-sama dengan Kartik.

Manakala pada bulan lalu, Ananya pula mengakui dia sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap aktor yang mula dikenali menerusi filem Pyaar Ka Punchnama.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan, Kartik menyatakan dia sangat mengenali Ananya ketika ini.

“Ia adalah sekadar khabar angin sahaja, sama ada ia benar atau tidak, ia sekadar perbualan secara umum. Sekarang saya hanya mahu memberi fokus menjalani penggambaran dengan Ananya,” ujarnya. – KopiPlanet.com