• FOLLOW US
Fashion, Gaya Hidup

Andi Bernadee Dilantik Sebagai Duta Produk Selipar Jenama Fipper

Syarikat Fipper Marketing Sdn Bhd yang terkenal dengan produk selipar berasaskan getah asli telah menaik taraf butiknya yang berada di Sunway Pyramid menjadi butik yang terbesar setakat ini berbanding 42 butik Fipper yang lain. Butik ini julung kalinya di rasmikan oleh Pengarah Urusan Fipper yang baru iaitu Mr Jee Von.

Fipper mula beroperasi pada tahun 2008 dengan target pasaran hanya kepada pemborong dan peniaga kecil. Sungei Wang merupakan butik pertama Fipper di pusat membeli belah pada tahun 2010. Sejak itu, Fipper terus melebarkan sayapnya bukan hanya di Semenanjung Malaysia malah turut menembusi pasaran antarabangsa dan sehingga kini Fipper sudah bertapak di 14 buah negara.

Fipper mempelbagaikan rekaan selipar dan warna supaya sesuai dengan generasi masa kini yang sangat mementingkan gaya dan penampilan tetapi masih tetap mengekalkan pengunaan getah asli sebagai asas dalam setiap selipar keluaran dan dijual pada harga yang berpatutan. Selain itu Fipper juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan rekaan dan produk lain untuk melengkapi gaya harian anda.

Pada tarikh ini juga Fipper telah mengumumkan nama Andi Bernadee yang sedang popular dengan lagu Satu Peluang, Donde dan yang terkini Hello sebagai duta pertama Fipper. Pemilihan Andi Bernadee adalah bersempena dengan tema Fipper pada tahun 2020 iaitu “lifestyle” (gaya hidup).

Ternyata Andi Bernadee menepati ciri-ciri yang diinginkan iaitu ringkas dan kasual. Fipper yakin dengan perlantikan Andi Bernadee sebagai Duta Fipper dapat membantu membawa jenama Fipper supaya lebih dekat kepada masyarakat.

Perasmian ini di hadiri oleh Pengurus dan Pengasas Fipper Mr Jack Lim, Mr Jean & Mr Danny. Turut mengundang rakan strategi perniagaan Kedai Kasut You dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari Kelab Peminat Andi Bernadee, ‘Andidears’.

Buat pertama kalinya Butik Fipper yang berkeluasan 1460 ribu kaki persegi menyediakan kelainan berbanding butik Fipper lain iaitu ruang permainan kanak-kanak “Kid Zone”. Ini memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan terutamanya kepada kanak-kanak.

Mementingkan pengalaman membeli yang lebih baik untuk pelanggan setia. Fipper telah memanfaatkan penggunaan teknologi dengan menyediakan pembelian secara digital di Butik ini, sekiranya pelanggan tidak dapat apa yang dikehendaki di Butik Fipper. Pelanggan boleh terus melayari laman sesawang Fipper iaitu www.fipperslipper.com melalui kaunter digital yang disediakan dan seterusnya turut menikmati potongan harga secara atas talian.

Mempelbagaikan rekaan dan warna selipar supaya bersesuaian dengan semua peringkat umur dan jantina dengan penggunaan getah asli yang berkualiti tinggi semakin mendapat tempat dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat sebagai pemakaian harian. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend