• FOLLOW US
Filem, Review

Angel Has Fallen Penuh Aksi & Pengkhianatan ‘Musuh Dalam Selimut’

Tajuk: Angel Has Fallen
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2019
Durasi: 2 jam 1 minit
Genre: Aksi
Pengarah: Ric Roman Waugh
Pelakon: Gerald Butler, Morgan Freeman, Jada Pinkett-Smith, Piper Perabo, Lance Reddick, Tim Blake Nelson, Nick Nolte
Klasifikasi: 18

Sebuah filem blockbuster Hollywood yang menjengah pawagam minggu ini ialah Angel Has Fallen. Filem ini merupakan trilogiang kepada dua filem terdahulu iaitu Olympus Has Fallen dan London Has Fallen.

Dengan plot yang baharu, kali ini Mike Banning berhadapan dengan ancaman yang lebih dashyat apabila dia telah dituduh sebagai individu yang mengkhianati ahli pasukan Penyiasatan Rahsia (CIA) serta mempunyai agenda untuk membunuh presiden Amerika Syarikat.

Permulaan yang segar apabila ada menerapkan sedikit elemen futuristik di permulaan babak dron yang meletup dan godaman ke sistem kenderaan dan sistem keselamatan kerajaan.

Selain itu, pujian harus diberikan terhadap pengolahan kamera yang amat memuaskan pancaindera yang menonton dengan efek bunyi dan musik latar yang amat tepat selari dengan keadaan seperti bunyi telinga berdesing membuatkan kita seakan masuk ke dalam filem tersebut.

Selain penuh dengan aksi, filem ini turut menerapkan elemen kekeluargaan antara bapa dan anak serta suami dan isteri tidak ketinggalan untuk disulamkan ke dalam filem ini membuatkan ia sesuai ditonton oleh seisi keluarga.

Paparan humor yang diselang-seli dengan aksi yang turut diketengahkan di pertengahan cerita berjaya membuatkan seluruh panggung ketawa dengan aksi bersahaja bapa Mike, Clay Banning yang juga merupakan seorang bekas tentera. Karakternya boleh disifatkan sebagai ‘tua-tua berisi’ atau bad-ass!

Plot Angel Has Fallen disusun kemas walapun jalan ceritanya sedikit kompleks kerana ia melibatkan konflik antara kawan baik dan deklarasi perang antara Rusia dan Amerika.

Penggunaan CGI juga dilihat secukup rasa dan tidak merapu. Peleraian klimaks filem agak bersahaja namun memberi impak yang besar buat keseluruhan filem selepas anda mengetahui siapa sebenarnya dalang yang mahu memerangkap dan memusnahkan hidup Mike.

Secara keseluruhannya, penulis berpuas hati dengan filem arahan Ric Roman Waugh ini dan ia sememangnya perlu masuk dalam senarai filem wajib tonton anda! – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend