• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Angelina Jolie Tidak Gembira Brad Pitt & Charlize Bertemu Janji

Perceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt dianggap begitu dramatik dan mengejutkan semua orang sebelum ini.

Terbaru apabila mendengar berita mengenai bekas suaminya itu yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama seorang pelakon serta model iaitu Charlize Theron, Angelina turut terpanggil mengatakan tidak gembira di atas perkhabaran berkenaan.

Hal ini disebabkan, Angelina dan Charlize mempunyai persaingan kecil dan Bratt Pitt sebelum ini telah mengetahui hal tersebut.

“Angelina tidak pernah begitu mesra terhadap Charlize disebabkan mereka saling bersaing antara satu sama lain sejak dari dahulu lagi,” ujar beberapa sumber.

Justeru itu, hal tersebut dipercayai telah menyebabkan Angelina berasa sedih dan tidak gembira apabila mendengar Brad Pitt dan Charlize berpotensi untuk menjadi pasangan kerana seolah-olah bekas suaminya itu telah mengkhianatinya.

Namun demikian, menurut sumber berasingan daripada Hollywoodlife telah mengesahkan bahawa Brad Pitt dan Charlize dikhabarkan tidak bertemu janji dan berita mengenai hubungan romantik mereka hanyalah palsu. -KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend